Ketua jurulatih Napoli, Antonio Conte, meluahkan perasaan kecewa terhadap sikap Romelu Lukaku yang enggan bertemu dengannya selepas dijatuhkan hukuman denda oleh pengurusan kelab.
Perkara itu susulan pemain kebangsaan Belgium itu gagal melapor diri serta tidak hadir ke sesi latihan bulan Mac tanpa kebenaran.
Advertisement
Ketika ditanyakan sama ada dia berpeluang berbicara dengan Lukaku, dia berkongsikan: "Tidak, saya belum berpeluang lagi.
"Saya tahu salah seorang dariapada pengarah pasukan bercakap dengannya, dia hadir ke tempat latihan.
🚨 Antonio Conte: “I’m disappointed by Romelu Lukaku. He didn’t even come to say hi to me, I didn’t speak to Romelu”.
“He was there, close to my office, and we didn’t talk. I was not expecting this situation”, told DAZN. pic.twitter.com/oZIkEayM7B— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 24, 2026
"Pejabat saya betul-betul di sana.. tetapi tiada siapa yang mengetuk pintu- dan itu benar-benar mengecewakan saya kerana saya menjangkakan ucapan, mesej atau sesuatu.
"Dalam situasi ini, jurulatih cuba untuk memahami semua pemain, tetapi tiada siapa yang berusaha untuk memahami jurulatih." katanya.
Conte memacu kemenangan Napoli menewaskan Cremonese 4-0 Stadiuo Diego Armando Maradona dalam kempen Serie A awal pagi tadi.
Untuk rekod, Lukaku menyertai Napoli pada 2024 dari Chelsea dengan kontral tiga tahun sehingga 2027 dengan yuran perpindahan bernilai 30 juta euro (RM143.5 juta).