Brazil gagal memberikan saingan setimpal apabila tewas 1-2 kepada Perancis dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di tempat sendiri, awal pagi tadi.
Untuk rekod, dalam lima aksi terakhir, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu hanya mencatatkan dua kemenangan berdepan Korea Selatan dan Senegal, sebelum kalah kepada Jepun dan seri bertemu Tunisia sebelum ini.
Advertisement
Bekas penjaga gol Manchester City, Ederson, kembali menggalas tugas utama susulan kecederaan Alisson Becker baru-baru ini.
Dengan lambakan bintang ternama menghiasi kesebelasan utama bekas juara 2018 itu, Perancis perlu menunggu sehingga minit ke-65 untuk menundukkan tuan rumah menerusi penyerang Liverpool, Hugo Ekitike.
π πππππ π«π· ππππ ππππππ π§π· ππ π ππππ-πππππππ ππππππππ π€© pic.twitter.com/mdq7ZIk7lS
β 433 (@433) March 26, 2026
Pada separuh masa pertama, Kylian Mbappe terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk kedudukan 1-0.
Sensasi tonggak Manchester United, Matheus Cunha, hampir memberi tekanan kepada pasukan bimbingan Didier Deschamps namun segalanya terkawal.
Les Blues terpaksa bermain 10 orang ekoran Dayot Upamecano dilayangkan kad merah dan mengganggu rentak permainan keseluruhan, namun disiplin bertahan tetap berjaya mengekang asakan Brazil.
Ekitike menambah keselesaan Perancis sebelum Gleison Bremer merapatkan jurang 1-2.
Dan, keputusan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Brazil akan bertemu naib juara Piala Dunia 2018, Croatia, pula pada aksi seterusnya 1 April ini.