Skip to main content

Badminton

Jerman sedia gegar Piala Dunia! Kekal ampuh sejak september 2025

Jerman

Jerman - sebuah negara yang sering jadi pasukan pilihan dalam setiap edisi Piala Dunia — 4 gelaran dalam tangan, Jerman masih muncul antara pasukan yang tidak pernah gagal bertanding di pentas tertinggi dunia itu biarpun pernah dilarang penyertaan mereka pada edisi 1950 di Brazil.

Dan kali ini - Die Manschaft sedia perbaiki rekod hambar di dua edisi terakhir Piala Dunia apabila sekadar tamat di saingan peringkat kumpulan.

Advertisement

Persiapan pra Piala Dunia mereka turut berada di landasan terbaik apabila skuad kendalian Julian Nagelsmann ini tidak pernah tewas sejak 7 september 2025.

Terbaru — Jerman melayan kunjungan Ghana di Stuttgart bagi aksi siri persahabatan antarabangsa FIFA - selepas terdahulu mereka berjaya catat kemenangan 4-3 ke atas Switzerland di Basel jumaat lalu.

Permulaan hebat Jerman dimulakan dengan serangan Florian Wirtz yang hampir gegar gawang Ghana - namun sedikit tersasar, sebelum kesilapan pertahanan pelawat bawa padah untuk tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti yang tenang disempurnakan Kai Havertz.

Jerman terus bernafsu untuk tambah jaringan, tapi sayangnya percubaan Nick Woltemade terkena palang!

Usaha Die Manschaft untuk mengandakan jaringan terhenti selepas Ghana berjaya menggandakan kedudukan di minit ke-69 menerusi Abdul Fatawu tetapi ianya bukan pengakhiran buat kempen positif Jerman yang kembali mendahului 3 minit menuju wisel penamat.

Deniz Undav muncul wira pasukan dengan jaringan kemenangan 2-1 yang memastikan Jerman kekal rekod terpuji sejak Kelayakan Piala Dunia tahun lalu.

'Heavy favorite' untuk kejuaraan Piala Dunia kali ini.

 

Must Watch Video