Skip to main content

Bola Sepak

JDT samai rekod dunia, pecah rekod Liga Super dalam satu malam

jdt

Johor Darul Ta'zim (JDT) menyamai rekod dunia dan memecahkan rekod Liga Super dalam satu malam.

Kemenangan 14-1 Harimau Selatan ke atas Kelantan The Real Warrior (TRW) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam tadi menyaksikan Harimau Selatan menyamai rekod dunia 108 perlawanan liga tanpa kalah.

Advertisement

Dengan itu, pasukan gergasi tanah air berkenaan hanya memerlukan satu lagi perlawanan tanpa kalah untuk mengatasi rekod kelab Ivory Coast,  ASEC Mimosas (dahulunya Asec Abidjan), yang mencapai jumlah sama dari 1989 hingga 1994.

Sebagai rekod, JDT tidak pernah kalah dalam saingan Liga Super sejak April 2021.

Kemenangan 14-1 itu juga merupakan rekod kemenangan terbesar sepanjang sejarah Liga Super.

Ia mengatasi rekod Selangor menewaskan Kelantan 11-2 pada Ogos 2023.

Harimau Selatan seterusnya akan menghadapi Buriram United bagi aksi separuh akhir kedua Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup di Thailand pada Rabu ini sebelum menutup musim dengan final Piala Malaysia menentang Kuching City pada 23 Mei ini.

 

Must Watch Video