Pemerhati sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli, menyeru penyokong agar tidak memperbesarkan isu berkaitan status pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik, di Instagram miliknya.
Baginya, ia merupakan satu perkara biasa yang tidak seharusnya diperbesarkan, sekali gus berharap agar Wooi Yik kekal fokus dan tidak terganggu menghadapi cabaran dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Piala Thomas tidak lama lagi.
Advertisement
Perubahan ringkas itu mencetus spekulasi hangat di media sosial dengan ada yang mendakwa ia petanda pemain itu mungkin ingin meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara profesional.
Namun, dakwaan itu kurang berasas memandangkan Soh Wooi Yik masih mempunyai kontrak bersama BAM sehingga 2028.
"Kalau kita lihat pemain badminton kita, apabila sudah sampai di satu tahap, sebenarnya ia adalah langkah seterusnya buat mereka," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Ia langkah untuk menuju ke arah kestabilan selepas sebegitu lama bersama BAM.
"Bagi saya, ia merupakan perkara biasa dan tidak perlulah untuk kita rasa ia satu perkara yang mengejutkan dan menimbulkan polemik yang tidak baik dan boleh mengganggu prestasi pemain kita."