Isteri pertahanan Indonesia, Justin Hubner, iaitu Jennifer Coppen, tampil menjelaskan situasi sebenar yang melanda dirinya apabila sebelum ini namanya dilaporkan terlibat dalam isu penipuan emas mencecah 25 juta rupiah (RM5000).
Dalam satu kenyataan rasmi, dia menegaskan: "Saya tidak terlibat dalam pengurusan atau operasi syarikat. Saya tidak terlibat dalam pengurusan dalaman, pengurusan dana, transaksi pelanggan, proses jualan atau membuat keputusan operasi.
Awalnya Jennifer Coppen diduga terseret kasus penipuan emas senilai Rp25M. Tapi Jennifer Coppen langsung buka suara dan menegaskan kalau posisinya murni cuma sebagai Brand Ambassador untuk promosi, bukan pengelola perusahaan. Kontrak kerjanya bahkan sudah diputus sejak Juni lalu.
— jejeee. (@amourphelia) October 9, 2026
"Berkenaan komisen dan keuntungan jualan daripada kerjasama ini, saya tidak menerima komisen daripada sebarang jualan produk kepada pelanggan.
"Tugas saya dijalankan dalam skop kerjasama profesional yang dipersetujui dalam kontrak," katanya.
Sebelum ini, dia pernah tular di media sosial membabitkan kontroversi mengenai bola sepak antara Indonesia dan Malaysia.