Skip to main content

Advertisement

Hoki

Ini senarai pasukan ke Piala Dunia 2026 termasuk Malaysia

hoki

Biarpun skuad hoki negara tewas kepada Jepun dalam penentuan tempat ketiga Kelayakan Piala Dunia di Mesir, namun ia tidak menjejaskan misi The Speedy Tigers untuk menempah tiket ke Piala Dunia Hoki Lelaki 2026 apabila berjaya memperoleh slot menerusi kedudukan ranking dunia.

Malaysia layak ke penganjuran edisi ke-16 itu selepas memiliki ranking tertinggi dalam kalangan pasukan yang tewas di kejohanan kelayakan pada 1 hingga 7 Mac lalu.

Advertisement

Undian kumpulan untuk penganjuran edisi kali ini akan diadakan pada 17 Mac ini dengan Kejohanan Piala Dunia akan bermula pada 15 Ogos melibatkan 16 negara dengan Belgium dan Belanda akan bertindak selaku penganjur bersama.

Berikut merupakan 16 negara yang layak ke Piala Dunia kali ini:

Tuan Rumah : Belgium & Belanda
Negara zon Eropah : Sepanyol, Jerman, England, Ireland, Perancis dan Wales
Negara zon Asia : India, Pakistan, Jepun dan Malaysia
Negara zon Afrika : Afrika Selatan
Negara zon Oceania : Australia & New Zealand
Negara zon Amerika : Argentina

Must Watch Video