Skip to main content

Bola Sepak

Ingin tahu hujah FAM kepada CAS

CAS


Hari demi hari berlalu, debaran semakin dirasai merujuk kepada keputusan pendengaran kes melibatkan nasib tujuh pemain 'Malaysian abroad' di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Jangkaan keputusan pendengaran itu akan diumum minggu ini.

Advertisement

Daripada persektif peguam sukan, Nik Erman Nik Roseli, dia lebih tertarik untuk mengetahui jenis hujah yang dikemukakan oleh peguam wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berbanding rayuan pengurangan hukuman terhadap tujuh pemain terbabit.

Pelbagai spekulasi dan andaian tetapi apa yang pasti, jika CAS kekal dengan keputusan asal, tujuh pemain terlibat tidak akan kembali beraksi bersama Harimau Malaya.

"Yang penting adalah alasan mengapa panel menerima atau menolak hujahan itu.

"Sebagai seorang peguam, adalah penting untuk saya mengetahui apakah yang telah dihujahkan oleh peguam FAM dan pemain, serta kenapa panel menolak hujahan itu.

"Saya tidak nampak mengapa hukuman -- minima 12 bulan penggantungan -- boleh dikurangkan dan CAS mungkin lihat dari sudut lain.

"Dapatan dokumen itu palsu (jadi) jika dikekalkan, mereka boleh terus bermain di peringkat kelab (tetapi) mereka tidak layak bermain untuk Malaysia jika hukuman dikurangkan sekalipun," katanya.

 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found