Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O'Donell, difahamkan bakal meninggalkan badan induk bola sepak negara itu selepas empat tahun dengan kontraknya akan berakhir pada Disember ini.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan: "Scott O’Donnell bakal tinggalkan FAM.
"Difahamkan kontraknya yang berakhir Disember ini tidak akan dilanjutkan selepas empat tahun bersama badan induk itu sejak 2022." kongsinya.
Dilaporkan Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Datuk Ong Kim Swee, akan kembali mengisi tempat kosong itu.