Skip to main content

E-Sukan

IESF-WEC: Malaysia tumbangkan Indonesia, selangkah pertahan gelaran juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia e sukan

Malaysia selangkah dalam melengkapan misi mempertahankan Kejuaraan e-sukan Dunia (WEC) Mobile Legends: Bang Bang, Konfederasi e-sukan Antarabangsa (IESF) 2025.

Skuad Mobile Legend Bang Bang (MLBB) lelaki negara mencipta sensasi apabila mara ke final selepas menokhtahkan perjalanan Indonesia 2-0 dalam saingan separuh akhir hari ini.

Advertisement

Dominasi penuh dipamerkan Malaysia yang bermain secara agresif dalam awal permainan sekali gus membuahkan hasil selepas Indonesia gagal menyekat kemaraan skuad negara.

 

 

 

Penggunaan hero lapu-lapu yang dipakai Idreen Abdul Jamal atau turut dikenali sebagai 'Momo' ternyata menjadi duri dalam daging buat Indonesia apabila ketahanan serta damage yang dikeluarkan hero itu tidak dapat ditahan hero yang dipakai skuad Indonesia.

Malaysia hanya memerlukan tempohj 29 minit untuk menutup kedua-dua perlawanan dengan kemenangan bersih.

Skuad negara bakal membuat perhitungan bersama kemboja di pentas akhir nanti selepas Kemboja menewaskan Turki 2-0.

Must Watch Video