Skip to main content

Badminton

Herry Iman sambut baik kehadiran pemain profesional 'bergabung' dalam sesi latihan di Bukit Kiara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

naga api

Kelibat beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, dilihat hadir dalam sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, hari ini.

Jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, berkongsi bahawa ia adalah keputusan atas arahan pengarah kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky, untuk mereka sertai latihan bersama barisan pemain kebangsaan yang lain.

Advertisement

Bagi Herry, ia sedikit sebanyak dapat membantu Sze Fei-Izzuddin dan juga kem beregu lelaki negara dengan adanya 'sparring partner' yang setaraf.

"Sebelum ini Rexy ada memaklumkan kepada saya pemain profesional mahu bergabung dalam sesi latihan dua kali dalam seminggu, saya kata silakan.

"Mungkin untuk persediaan Terbuka Malaysia, sparring mungkin kurang, jadi sama-sama saling menguntungkan dengan kehadiran mereka. Saya baru dimaklumkan Rexy untuk minggu ini, saya juga tidak ada maklumat lanjut." katanya.

Must Watch Video