“Disiplin ketika menang dan kalah.”
Di sebalik kekecewaan terlepas podium acara kata individu, Haznil Henry, masih kekal dengan pendirian dan pendidikan sukan karate meskipun dibelenggu kekecewaan.
Di sebaik barisan juri memutuskan kemenangan sebulat suara buat Howard Hung dari Hong Kong dalam aksi penentuan gangsa kata individu Sukan Asia Aichi-Nagoya, dia tetap mengekal jati diri tanpa meluahkan perasaan marah mahupun ego.
Ternyata, didikan dan dorongan ibunya yang menjadi pencetusnya menceburi karate dibawa ke pentas tertinggi Asia itu.
Atlet kelahiran Sabah itu berada di kemuncak prestasi selepas meraih pingat gangsa Kejohanan Asia di Bali, Indonesia jun lalu.
"Berlatih sudah, usaha sudah dan tawakal sudah.
"Saya sudah buat yang terbaik tadi tapi bukan rezeki," katanya di Nadi Arena hari ini.
Terdahulu, pingat negara daripada kem karate dicetuskan K. Thevendran dan Sureeya Sankar semalam.