Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar, menggesa pemain Harimau Malaya, Fergus Tierney dan Richard Chin, terus beraksi di luar negara demi terus mengembangkan karier bola sepak profesional mereka.
Perkara itu susulan dua pemain Harimau Malaya ini mampamerkan aksi mencuri tumpuan selepa turun dalam dua aksi persahabatan antarabangsa di Guangdong, China, baru-baru ini.
Harimau Malaya tewas 2-0 kepada China pada 14 November, sebelum meraih kemenangan mengatasi Yaman 2-1 -dua gol menerusi Richard- semalam.
“Jangan pulang ke Malaysia, kekal beraksi di luar negara”, Azlan Johar gesa Fergus Tierney dan Richard Chin terus menimba pengalaman di luar negara demi perkembangan karier dan kualiti permainan masing-masing. @ASTROARENA https://t.co/1Bgwf3BJg8
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 18, 2026
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan: "'Jangan pulang ke Malaysia, kekal beraksi di luar negara'
"Azlan Johar gesa Fergus Tierney dan Richard Chin terus menimba pengalaman di luar negara demi perkembangan karier dan kualiti permainan masing-masing." kongsinya.