Tanggal 5 Mei 2024 merupakan hari hitam buat bintang bola sepak Selangor dan skuad kebangsaan, Muhammad Faisal Abdul Halim, apabila dia disimbah asid ketika berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.
Gambarnya mulai tular di media sosial sedang menahan kesakitan selepas disimbah asid sehingga mengalami kecederaan lecur tahap empat dan perlu menjalani beberapa siri pembedahan.
Advertisement
Pemenang anugerah gol terbaik Piala Asia 2023 itu sebelum ini menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, sekali gus mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari.
Faisal Halim dedah terlintas untuk gantung but susulan insiden disimbah asid.💪🏼#NadiArena #AstroArena #FaisalHalim pic.twitter.com/iU4350RTNx
— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) June 13, 2024
Terdahulu, Pihak Polis berkongsikan akan tetap meneruskan siasatan kes simbah asid melibatkan tonggak utama pasukan Selangor itu walaupun kes terbabit diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Rakaman CCTV serta lakaran wajah yang diperoleh sebelum ini juga tidak dapat mengenal pasti pelaku sebenar.
Ini Kronologinya:
5 Mei 2024
Faisal dilaporkan disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.
6 Mei 2024
Faisal disahkan mengalami kecederaan lecur tahap empat dan perlu menjalani beberapa siri pembedahan
6 Mei 2024
PDRM dilaporkan memberkas seorang lelaki untuk siasatan kejadian bagi kes Faisal
7 Mei 2024
PDRM dilaporkan menangkap seorang lagi suspek berhubung kes itu dan direman lima hari
7 Mei 2024
Suspek pertama dilaporkan dibebaskan kerana tiada kaitan
11 Mei 2024
Suspek kedua dilaporkan dibebaskan dengan jaminan polis
19 Mei 2024
PDRM edarkan lakaran wajah atau fotofit suspek dipercayai terbabit kes Faisal Halim
20 Mei 2024
Faisal menjalani pembedahan terakhir membabitkan proses 'split skin grafting' (SSG)
25 Mei 2024
Faisal dibenarkan keluar dari hospital
10 Ogos 2024
Faisal tampil buat kali pertama sebagai pemain gantian Selangor FC (SFC) menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC
25 November 2024
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan kes Faisal diambil alih Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman
9 Mac 2025
Faisal menjaringkan hatrik ketika menentang KDN FC
25 Mac 2025
Faisal diturunkan ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim
8 Mei 2025
Peguam kepada Faisal Halim mengesahkan kes serangan asid membabitkan pemain itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Jabatan Peguam Negara (AGC)