Musim baru bakal menyaksikan kelibat satu lagi pemain berpengalaman Aminah yang lebih mesra disapa Min, seorang ibu yang bekerja. Namun segalanya terkawal hasil sokongan penuh suami yang memahami, malah membantu mengurus anak-anak serta rumahtangga.
Perjalanan Min dalam NSL menyaksikan dia pernah beraksi bersama pasukan Selangor dan Terengganu, dan kejutan musim baru Min akan bersama defending champion, KL Wildcats!
Advertisement
Pada awalnya, Min pasang niat untuk menggantung kasut namun selpas melihat keseronakan rakan kenalan yang sudah memulakan latihan — dan setelh mendapat tawaran daripada ketua jurulatih KL Widcats, Min buat pusingan u-turn.
Sepanjang sesi latiha bersama pasukan baru dan coach Husna, Min akui banyak perkara baharu yang dipelajarinya. Dengan jurulatih mempunyai pendekatan berbeza, sekaligus dapat menambah ilmu dan memperkaya pengalamannya sebagai pemain senior.
Min percaya kejayaan tidak hadir dengan memandang kelebihan pasukan lawan, sebaliknya dengan membina kekuatan bersam rakan sepasukan.
Sasaran peribadinya jelas — membantu Wildcats mencapai tahap tertinggi dan jika diizinkan, mahu hadiahkan kejuaraan yang mungkin di luar jangkaan ramai. Adakah 2026 bakal jadi milik Wildcats lagi? Sama-sama kita nantikan!
#Rulethecourt