Ketenangan ketika beraksi jadi kata kunci buat pemain golf negara, Liyana Durisic, dalam Kejohanan Golf Maybank 2026 dalam misi peribadi menempatkan diri dalam kalangan kelompok utama pemain elit.
Liyana yang bakal melakukan penampilan ketiga dalam Kejohanan Golf Maybank mempertaruh persediaan mental sebagai senjata utama beraksi di laman sendiri.
Pemain profesional negara berumur 25 tahun itu cukup mahir dan serasi bermain di venue kejohanan, Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), meskipun saingan tahun ini diadakan di padang sebelah barat ekoran kerja-kerja menaik taraf baki lapangan.
Namun, Liyana punya kualiti tersendiri untuk mencabar kelompok atasan.
Berdasarkan pengalaman beraksi dalam dua Kejohanan Golf Maybank sebelum ini menjadikan Liyana pemain yang lebih lengkap selain lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan, khususnya melibatkan persediaan beraksi dalam kondisi cuaca berbeza sepanjang empat hari saingan.
"Sudah empat tahun saya dibimbing oleh jurulatih berasal dari Australia, Jamie Glazer, yang banyak membantu kekuatan mental.
"Saya harap dapat meneruskan rentak itu pada minggu ini dengan beri menikmati saingan.
"Dan (situasi) itu akan membantu mutu persembahan saya," katanya.