Skip to main content

Bola Jaring

Glasgow 2026: Jamaica kini kuasa besar bola jaring dunia

jamaica netball

Selama ini, bola jaring dunia sering dikaitkan dengan dominasi Australia dan New Zealand. Namun, keputusan di Glasgow 2026 membuktikan semakin banyak negara kini mampu mencabar kuasa tradisi itu.

Silver Ferns menamatkan penantian 16 tahun untuk kembali bergelar juara Sukan Komanwel selepas menewaskan Jamaica 56-48 di final. Lebih mengejutkan, Jamaica terlebih dahulu menyingkirkan juara bertahan Australia di separuh akhir menyaksikan ini kali pertama mereka tidak berada di pentas final.

“Duo defence” dari gandingan matap ertahanan Latanya Wilson dan kapten Shamera Sterling-Humphrey, antara yang menjadi nadi kekuatan Sunshine Girls sepanjang kejohanan.

Kejayaan Jamaica mengesahkan mereka bukan lagi pasukan underdog, malah kini setaraf dengan kuasa besar dunia. England dan Afrika Selatan juga terus menunjukkan peningkatan, menjadikan saingan bola jaring antarabangsa semakin terbuka.

Mungkin ramai yang bertanya mengapa pasukan bola jaring negara tidak meghantar pasukan ke Sukan Komanwel. Ianya kerana hanya 12 pasukan terbaik dunia layak ke Sukan Komanwel, kecuali jika anda merupakan tuan rumah yang akan mendapat slot automatik

Mungkin perjalanan kita masih jauh, tetapi harapan itu tetap membara lebih lebih lagi dengan landskap sukan bola jaring yang semakin mengembang pesat.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video