Skip to main content

Boling

Gillian Lim sasar tempat ke kejohanan Asia

Gillian

"Saya mahu jadi lebih baik.

Itu reaksi atlet boling wanita negara, Gillian Lim, yang meluahkan hasrat untuk menggandakan lebih usaha tahun ini agar prestasinya dapat dipertingkatkan.

Advertisement

Menurut atlit podium itu, ia seiring dengan misi untuk memburu slot menjadi enam wakil negara yang terpilih membawa cabaran ke Kejohanan Tenpin Boling Asia ke-28 di Doha pada November depan.

Dengan beberapa siri kejohanan terbuka di Thailand, Malaysia dan Singapura bakal menjadi platform penilaian untuk pemilihan skuad negara ke Qatar.

"Tahun ini saya mensasarkan untuk terpilih ke peringkat Asia.

"Ia merangkumi enam pemain wanita dan enam pemain lelaki.

"Ia bergantung pertandingan yang kami sertai dalam tiga negara itu termasuk mengumpul mata dan memburu kedudukan enam terbaik menuju ke Qatar," katanya.

Selain itu, atlet kelahiran Sarawak itu juga mahu memperbaiki aspek beradaptasi pantas terhadap transisi lorong yang boleh membantunya menghasilkan balingan yang lebih konsisten.

Must Watch Video