Coventry City telah menemui rentak permainan mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan pertama di laman sendiri musim ini menewaskan Newcastle United 4-1 awal pagi tadi.
Sepakan penalti oleh Jack Rudoni disusuli dengan jaringan daripada Sidiki Cherif, Ellis Simms dan Stephen Mfuni, membolehkan tuan rumah mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas permulaan musim yang sukar, selain melakar kemenangan pertama di laman sendiri dalam saingan divisyen utama sejak 25 tahun lalu.
Kemenangan pertama Coventry ke atas Newcastle sejak 1999 itu turut mengukuhkan usaha mereka untuk mengelak penyingkiran pada musim pertama kembali beraksi dalam EPL sejak 2001.
📈 @CoventryCityFC make it back-to-back wins and move out of the relegation zone! https://t.co/RJhZzpLCMT
— Premier League (@premierleague) October 12, 2026
Kini skuad kendalian Frank Lampard itu berkongsi mata dengan Manchester United, selain berpeluang menumpaskan Tottenham Hotspur yang sedang bergelut, pada 19 Oktober ini.