Wartawan sukan antarabangsa, Romain Molina, berkongsikan sedang menjalankan satu siasatan mengenai 'mafia bola sepak Argentina'.
Dia berasakan siasatan itu membawa kepada skandal terbesar yang disembunyikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Je vous prépare une très grosse enquête sur la mafia du football argentin demain matin 🇦🇷
Probablement l'un des plus gros scandales couverts par la FIFA ces dernières années d'ailleurs— Romain Molina (@Romain_Molina) July 10, 2026
Dia berkongsikan: "Saya sedang menyediakan siasatan secara besar-besaran untuk anda mengenai mafia bola sepak Argentina esok pagi.
"Mungkin salah satu skandal terbesar yang disembunyikan oleh FIFA dalam beberapa tahun kebelakangan ini, secara kebetulan." katanya menerusi laman X.

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada perkongsian lanjutan daripada Molina.