Skip to main content

Futsal

Futsal ASEAN B-19: Thailand bergelar juara mudah jinakkan Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Futsal ASEAN B-19 final

Thailand bergelar juara Kejohanan Futsal ASEAN B-19 apabila mudah menewaskan Indonesia 3-1 dalam aksi final di Stadium Nonthaburi malam tadi.

Poompuchid Huab-Um meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-17 sebelum Indonesia mengikat kedudukan hasil jaringan Muhammad Robby Faturrahman berselang tiga minit.

Advertisement

Bagaimanapun, Thailand pasukan yang jauh lebih dominan dalam separuh masa berikutnya untuk Sorrawit Sirisawas dan Setthawut Srithong mengesahkan kemenangan itu, masing-masing dengan gol pada minit ke-21 dan 26.

Terdahulu, Thailand bergelut untuk menewaskan Malaysia dalam aksi separuh akhir, di mana kedua-dua pasukan terikat 4-4 sebelum masa penuh dan pasukan tuan rumah itu ke separuh akhir hasil kemenangan 4-3 dalam penentuan penalti.

Malaysia, dalam pada itu, menamatkan saingan di tempat ketiga setelah menewaskan Vietnam, 4-3 dalam penentuan penalti selepas terikat 2-2 sepanjang waktu sebenar.

 

Must Watch Video