Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala FA patut dimainkan di Sabah -- Pakar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Azlan Johar

Bekas penyerang kebangsaan, Azlan Johar, mencadangkan agar aksi final Piala FA di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sabah pertengahan bulan ini, dipentaskan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Ia bagi mengimbau nostalgia perlawanan bersejarah final Piala FA pada 1998, yang menemukan dua pasukan itu di venue berkenaan.

Advertisement

Menurut Azlan, Likas bukan sahaja mempunyai aura tersendiri, malah suasana bola sepak Sabah yang sedang bangkit ketika ini mampu menjadi nilai tambah kepada perlawanan akhir itu nanti.

Malah, azlan juga mahu melihat munculnya juara baharu, memandangkan Sabah kini dalam prestasi terbaik selepas menempah slot ke final dengan menumbangkan Selangor, sekali gus berpeluang menamatkan dominasi Harimau Selatan.

"Di atas kertas dan seperti yang kita ketahui, JDT sememangnya memiliki peluang cerah," katanya kepada wartwan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Tetapi apa kata kita buat sedikit perubahan, kita mainkan final Piala FA di Sabah.

"Kita kembalikan semarak Piala FA di negeri Sabah dan saya percaya seluruh rakyat Sabah akan memenuhi stadium, dan percayalah ia akan mengembalikan keyakinan terhadap bola sepak.

"Kita kembalikan gemilang tahun 1998 di Stadium Likas. Biar Stadium Likas menjadi satu kenangan yang manis buat kedua-dua pasukan.

"Kita semua pernah lihat, pasukan segagah mana pun, jika mereka tidak berhati-hati, mereka akan tewas.

"Sabah harus yakin walaupun di atas kertas kemenangan akan memihak JDT tetapi yakinlah, jika anda semua pemain memupuk semangat sayang di antara satu sama lain, sayangkan negeri anda, saya yakin Sabah akan mampu melakukan kejutan.

"Tetapi jangan lupa, JDT memang pasukan yang gagah dan setakat ini, mereka belum pernah kalah dalam Liga Malaysia dan mampu menjaringkan gol yang banyak."

 

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video