Skip to main content
Advertisement

Permotoran

F1: Hanya dua mata memisahkan Kimi Antonelli dengan gelaran juara dunia

MOTOR-F1-USA:Motor racing-Wolff hails Antonelli's best race yet after US victory
Advertisement

Pelumba Mercedes-AMG Petronas F1 Team, Kimi Antonelli, kini hanya perlukan dua mata untuk dinobat sebagai juara dunia Formula Satu (F1) termuda dalam Sejarah selepas berhasil mendominasi perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Isnin.

Ini bermakna pelumba Itali berusia 20 tahun itu hanya perlu fokus untuk sekurang-kurangnya tamat di kedudukan kesembilan di GP Mexico dan tidak lagi bergantung kepada penamat pencabar terdekat seperti rakan sepasukan, George Russell dan pemandu Ferrari, Lewis Hamilton.

Advertisement

Antonelli yang bermula di petak hadapan pada perlumbaan utama GP AS dilihat berpeluang cerah meraikan kejuaraan lebih awal apabila memastikan dia kekal sebagai terpantas sehingga ke garisan penamat dan meraikan kemenangan kesembilannya musim ini.

Namun Hamilton dan Russell, berjaya menangguhkan kejuaraan Antonelli apabila masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelapan.

Advertisement

Antonelli kini mendahului Russell dengan kelebihan 123 mata dan Hamilton sebanyak 124 mata, dengan maksimum 125 mata masih boleh diraih. Jumlah itu akan berkurangan kepada 100 mata selepas perlumbaan di Mexico hujung minggu ini.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video