"Siapa yang bising sekarang?
Di sebalik pelbagai skandal, Manchester City tetap berjaya menewaskan Liverpool 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam tadi.
Skuad kendalian Enzo Maresca pantas menghukum 10 pemain tuan rumah apabila Ryan Gravenberch dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-62 susulan kekasaran terhadap Jeremy Doku.
Dan, manfaat paling besar buat pelawat yang menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit dari bintang Norway, Erling Haaland, (M-65) dan Doku meletakkan Man City di hadapan 2-0, sekali gus membuatkan penyokong tergamam.
Rayan Cherki memusnahkan harapan The Reds dengan jaringan ketiga untuk membawa pulang tiga mata penuh.
🔵 @ManCity make it six wins from their opening six games! https://t.co/tofzGpCGTq
— Premier League (@premierleague) October 11, 2026
City sebelum ini telah pun didapati bersalah atas lebih 100 pertuduhan pelanggaran peraturan kewangan, namun tetap menampilkan prestasi memukau.
"Situasi ini bukan mudah untuk pemain selepas dua atau tiga minggu kebelakangan ini, tetapi mereka mengendalikannya dengan sangat baik.
"Penyokong kami menyanyi pada penghujung perlawanan. Jadi, bising itu datang daripada kami," kata Maresca.
Pada awal permainan, peminat Liverpool menyambut kunjungan City dengan laungan 'penipu' bagi melancarkan perang psikologi, tetapi jelas ia tidak membuahkan hasil.