Arsenal menamatkan penantian 14 tahun untuk meraih kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield selepas menundukkan Liverpool 1-0 dalam aksi liga, awal pagi Isnin.
Jaringan Kai Havertz pada minit ke-16 memastikan kemenangan berharga buat skuad kendalian Mikel Arteta itu, sekali gus membolehkan The Gunners merampas takhta pendahulu liga daripada Manchester City dengan mengumpul 24 mata selepas sembilan perlawanan.
🔴 @Arsenal are off to a better start than last season's title-winning campaign 🙌 https://t.co/E235sqIKZr
— Premier League (@premierleague) November 1, 2026
Kali terakhir Arsenal mencatat kemenangan liga di Anfield adalah pada September 2012, ketika Arteta masih bergelar pemain kelab London itu.
Liverpool pula kekal di tangga kelima dengan 15 mata, sembilan mata di belakang pendahulu.