Netball Super League (NSL) sekali lagi membuktikan peranannya sebagai platform melahirkan bakat baharu apabila empat pemain yang menyerlah musim ini berjaya menembusi skuad kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Bola Jaring Asia 2026 di Hong Kong.
Mereka ialah Nur Aqidah Ramlan dan Nursolieha Alieya Hizal dari Kedah Sunshine, Haisya Maisara Abdul Qayyum dari Johor Jewels, serta Adalia Jasmine Mustazal dari Terengganu Marvels, yang bakal membuat penampilan sulung di pentas Asia.
Keempat pemain itu diumumkan dalam senarai akhir 12 pemain negara diketuai pemain berpengalaman, NurSyafazliana Majlis Penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Majlis Sukan Negara, Sufian Hamzah, hari ini. Majlis itu turut menjadi simbolik pelepasan skuad negara yang akan berlepas ke Hong Kong pada 6 Ogos, selepas menamatkan hari terakhir latihan pusat pada Selasa.
Malaysia hadir dengan misi memperbaiki pencapaian tempat ketiga pada edisi lalu, selain memburu slot ke Piala Dunia Bola Jaring 2027 di Sydney, yang turut menjadi taruhan di Kejohanan Asia kali ini.
Kem negara bakal membuka aksi berdepan India pada 8 Ogos dijadualkan pada 4.30 petang waktu Malaysia.