Keunikkan acara larian sambil menggayakan kain sarong yang telah mencetus fenomena di kalangan masyarakat luar bandar di daerah Dungun, Terengganu kini kembali lagi untuk tahun ke-4 yang dijadualkan berlangsung pada Jun nanti.
Edisi pertama Dungun Sarong Fun Run yang telah bermula sejak 2024 pada awalnya hanya menyasarkan jumlah penyertaan kecil dari masyarakat setempat di mana hanya untuk memberi pengalaman buat mereka turut sama dalam sesuatu penganjuran sukan yang dilihat selama ini lebih tertumpu pada bandar-bandar utama sekitar negeri ini.
Advertisement
Namun hasil maklum balas yang positif telah diterima, pengarah pertandingan Amran Abdullah masih menggalas tanggung jawab sosial ini untuk menjadi acara tahunan di daerah Dungun ini.
"Jujur berkata ianya bermula sekadar untuk memberi peluang kepada penduduk-penduduk kampung di sekitar Dungun ini untuk turut sama merasai pengalaman acara larian seperti di bandar-bandar besar.
"Rata-rata mereka adalah orang tempatan atau orang kampung hadir dari pelbagai peringkat usia termasuk mereka yang bekerja sebagai nelayan. Jesteru itu kain sarong menjadi simbolik dalam perpaduan dan kehidupan masyarakat setempat ini.
"Alhamdullilah melalui penganjuran ini juga membuka ruang dan peluang pada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta untuk turut sama merapatkan jurang dengan masyarakat setempat dengan pelbagai perkhidmatan komuniti yang ditawarkan secara percuma. Ianya memberi tambah nilai kepada masyarakat di sini." ujar Amran Abdullah selaku pengarah pertandingan Dungun Sarong Fun Run sejak 2024.
Jelasnya lagi, penyertaan juga terbuka kepada mana-mana peserta sama ada dari dalam negeri mahupun luar negara yang mula mendapat perhatian sejak beberapa edisi lalu untuk hadir ke daerah Dungun ini.
Sehingga kini, penyertaan masih dibuka di mana taruikh tutup penyertaan adalah pada 28 April 2026. Borang penyertaan boleh didapati di laman Facebook - Sarong Fun Run 2026.
Selain itu turut berlangsung adalah beberapa acara sampingan yang menyasarkan penyertaan dari peringkat usia kanak-kanak seperti pertandingan mewarna dan lain-lain.
Dungun Sarong Fun Run 4.0 dijadualkan untuk berlangsung pada 6 Jun nanti bertempat di Taman Tasik Sura, Dungun Terengganu.