Seorang wanita, Maria Eduarda Rodrigues de Freitas, 21 tahun, maut di Brazil akibat terhempas dari tempat tinggi ketika mengikuti bungee jumping di Ponte di Jambatan Rangka berdekatan Sao Paulo.
Lebih memilukan, terjunan itu dirakam dan kesemua mereka termasuk petugas tidak menyedari bahawa tali keselamatannya langsung tidak dipasang dan Maria jatuh terhempas dari ketinggian kira-kira 40 meter (sekitar 130 kaki) ke tanah keras.
Dalam kejadian berasingan, seorang pemuda berusia 30 tahun, Al-Qaqa Ibn Antar, menempah maut apabila terjauh ketika aksi mendaki gunung tanpa menggunakan sebarang peralatan kesempatan.
Dalam kejadian di Hardah Dam, selatan Yaman, cengkaman Al-Qada yang diberi jolokan Spiderman Yaman -- sering menonjolkan aksi lagak ngerinya dalam media sosial -- terlepas dan menurut laporan pihak berkuasa, dia terjatuh dari ketinggian 393 kaki.
Padahal, dalam rakaman berdurasi 10 saat, Al-Qada menunjukkan kebolehannya dengan memanjat tebing gunung itu sebelum jenazahnya selamat dikeluarkan empat jam kemudian.