Pemain muda West Ham, Harry Montague, serta pemain kelahiran Australia, Brad Tapp, yang kini bersama pasukan Johor Darul Ta'zim difahamkan sudah melengkapkan proses dokumentasi bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia.
Menerusi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan, "Proses Selesai...
"Difahamkan, pemain muda West Ham United, Harry Montague yang mempunyai pertalian darah Malaysia telah melengkapkan proses dokumentasi bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia, termasuk pemain kelahiran Australia, Brad Tapp. See you soon!" kongsinya.
PROCESS COMPLETE… ✔️🇲🇾
Difahamkan, pemain muda West Ham United, Harry Montague yang mempunyai pertalian darah Malaysia telah melengkapkan proses dokumentasi bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia, termasuk pemain kelahiran Australia, Brad Tapp. See you soon! 🇲🇾 https://t.co/HcGzbMPR2N pic.twitter.com/9PQawv9v0X— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 31, 2026
Pemain yang berpotensi menyarung jersi Harimau Malaya berusia 17 tahun itu kini bersama Akademi West Ham dan dilaporkan mempunyai susur galur Malaysia menerusi ibunya yang berasal dari Sabah.
Terdahulu, tular gambarnya berada di tanah air bagi menyelesaikan proses itu.