Skip to main content

Bola Sepak

Dikhianati! Pemain keluar daripada pasukan negara

SOCCER-SWITZERLAND-OKAFOR:Soccer-Okafor says he will not play for Switzerland under Yakin

Penyerang Switzerland, Noah Okafor, tidak akan lagi beraksi untuk pasukan kebangsaan di bawah kendalian Murat Yakin sehingga diberitahu kelak, susulan hilang kepercayaan terhadap pengurus itu, menurut kenyataannya di media sosial semalam.

Pemain Leeds United itu hanya bermain selama 19 minit sebagai pemain gantian ketika Switzerland menewaskan Algeria dalam pusingan 32 Piala Dunia 2026, sekali gus menjadikan jumlah penampilan antarabangsanya sebanyak 26 kali.

Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu menyatakan bahawa tempoh masa permainan yang terhad bukanlah faktor penentu keputusannya; sebaliknya, menegaskan keputusan itu berpunca daripada layanan yang diterimanya.

"Keputusan saya tiada kaitan dengan tempoh masa permainan saya.

"Terdapat kejadian yang sangat melukakan hati saya. Kepercayaan telah dikhianati. Janji tidak ditepati.

"Malah, apabila saya diberi peluang bermain menentang Algeria, reaksi terhadap kesilapan kecil yang berlaku jauh dari kawasan gol kami benar-benar mengguris perasaan saya.

"Pada minggu-minggu berikutnya, saya banyak berfikir dan membuat keputusan sendiri bahawa saya tidak mahu lagi bermain untuk pasukan kebangsaan di bawah pengurus semasa," kata Okafor dalam satu kenyataan di Instagram.

Persatuan Bolasepak Switzerland (SFV) mengakui keputusan Okafor itu.

"Noah memaklumkan kepada kami hari ini bahawa buat masa ini, dia tidak akan lagi bermain untuk pasukan kebangsaan. Kami menghormati keputusannya dan mendoakan kejayaan Ofakor bersama kelabnya," kata seorang jurucakap.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement