Skip to main content

Bola Sepak

Gila! Mara ke liga utama selepas 21 tahun, debut UCL bergegar tewaskan gergasi terkemuka

Como

Ia merupakan satu hari bersejarah di Eropah apabila Como berjaya mencatat kemenangan 4-1 ke atas RB Leipzig dalam perlawanan sulung mereka dalam Liga Juara-Juara  Eropah (UCL) yang berlangsung di Stadio Sinigaglia, hasil jaringan oleh Martin Baturina, Assane Diao, Anastasios Douvikas, dan Maximo Perrone.

Pasukan yang dikendalikan oleh bekas bintang Arsenal, Cesc Fabregas, itu dianggap sebagai salah satu yang terbaik dalam Serie A, daripada segi corak permainan mahupun kejayaan mereka membangunkan projek kelab tersebut.

Umum mengetahui, kelab itu mencipta sensasi besar apabila melayakkan diri ke kancah tertinggi Itali itu musim ini buat kali pertama selepas 21 tahun!

Presiden kelab, Mirwan Suwarso, merupakan sebab utama yang berjaya mewujudkan satu projek di mana dalam tempoh kurang daripada lima tahun, mereka bukan sahaja berjaya naik ke Serie A malah turut layak ke pertandingan paling berprestij di dunia.

Fabregas, selaku jurulatih merupakan sosok yang ideal bagi pasukan tersebut kerana berjaya menterjemah falsafah kelab di atas padang melalui barisan pemain muda yang berbakat.

Bukanlah satu kebetulan apabila Nico Paz memilih untuk kekal bersama Como pada musim panas lalu walaupun sekadar pinjaman dari Real Madrid. Inilah juga sebab mengapa Como merupakan sebuah kelab yang istimewa.

Terdapat satu peristiwa pada malam itu yang wajar diberi perhatian khusus. Ia melibatkan Mirwan Suwarso yang sebelum perlawanan telah mengumumkan bahawa dirinya dan beberapa orang pengarah akan menyerahkan tempat duduk mereka kepada penyokong warga emas.

Jika ini bukan keindahan kelab tersebut, maka apakah lagi yang wajar menjadi keterujaan?
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement