Skip to main content

Berbasikal

Dia orang yang tepat untuk terajui skuad basikal trek -- John Beasley

Dia orang yang tepat untuk terajui skuad basikal trek -- John Beasley

'Saya fikir dia sememangnya orang yang tepat', tegas Pengarah Teknikal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), John Beasley, mengenai ketua jurulatih berbasikal trek negara, Harnizam Basri.

Biarpun masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap Harnizam selepas tamat siri pertama Piala Dunia Trek UCI, Beasley berkata jurulatih itu perlu diberi masa untuk menentukan hala tuju dalam mengendalikan skuad negara.

Advertisement

“Saya sangat bangga dengannya.

“Dia cuba melaksanakan pendekatannya sendiri dan dia mampu memimpin pasukan,” kata Beasley.

Dia menjelaskan pengalaman memimpin pasukan di bawah tekanan akan membantu Harnizam membina kemahiran kepimpinan yang lebih kukuh.

Dalam masa sama, Beasley menegaskan jika Harnizam mahu muncul sebagai antara jurulatih terbaik dunia, dia perlu memberi perhatian kepada aspek taktikal dan teknikal di luar sesi latihan di velodrom.

“Jika dia mahu menjadi antara jurulatih terbaik dunia, dia perlu memberikan fokus dalam beberapa aspek di luar latihan khususnya dari sudut taktikal.

“Jika perkara itu dapat diperbaiki, dia boleh menjadi jurulatih yang sangat baik,” katanya.

Must Watch Video