Skip to main content

Boling

Deaflympics: Sing Hie-Mui Hong kandas awal, janji bangkit acara pair sukan boling

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling

Atlet tenpin boling pekak negara, Siw Sing Hie dan Siong Mui Hong, sekadar menamatkan saingan peringkat Kumpulan C di tempat keempat dan kelima, sekali gus meranapkan hasrat mara ke separuh akhir dalam Deaflympics 2025 di Tokyo, Jepun.

Segalanya musnah selepas langkah mereka terhenti di pusingan kedua acara individu wanita.

Advertisement

Sing Hie mengutip markah tertinggi pada frame keempat dengan 200 jatuhan pin menjadikan jumlah keseluruhan 912 jatuhan pin.

"Kami sudah buat yang terbaik. Tiada penyesalan memandangkan ini merupakan peringkat antarabangsa.

"Banyak negara dengan pengalaman yang besar. Kami tidak bernasib baik.

"Kami membalas dendam dalam kategori pair wanita esok," kata Siw Sing Hie.

Sementara itu, Mui Hong juga mengulangi skrip sama dengan kutipan pin tertinggi di frame keempat -- 183 jatuhan pin untuk jumlah keseluruhan 854 jatuhan pin.
 

Must Watch Video