Skip to main content

Olahraga

Deaflympics: Azlan Kuste kerah kudrat ke final 5000m

5000m

Atlet pekak olahraga kebangsaan, Azlan Kuste, mencipta kejayaan berganda dalam Deaflympics Tokyo hari ini.

Selain catatan 1:59.40 saat untuk memecah rekod kebangsaan serta peribadinya dalam acara 800 meter -- memadam rekod lamanya dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Sarawak yang lalu -- Azlan turut melakar sensasi dalam acara 5000 meter.

Advertisement

Tiket ke final ditempah setelah dia menamatkan saingan separuh akhir di tempat ketujuh menerusi catatan 16:48.85s.

"Kalau difikirkan strategi tadi memang gilalah.

"Saya memang tekad mengatasi rekod peribadi dan seterusnya layak ke acara akhir.

"Hingga ke hari ini, ibu bapa tidak henti-henti mendoakan dan berikan kata-kata semangat kepada saya," katanya.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video