Skip to main content

Bola Sepak

Datang dari belakang, cakap pasal keluarga saya... -- Nidzam Jamil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nidzam jamil

Jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, mengakui masih banyak aspek yang perlu diperbaiki anak buahnya selepas tewas 0-2 dalam kempen Liga Super2025/26 berdepan Melaka di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

"Saya berharap boleh meletakkan persembahan separuh masa kedua dalam babak pertama tetapi ini bola sepak, bukan boleh ubah begitu sahaja.

Advertisement

"Saya rasa banyak perkara perlu diperbaiki." tambahnya.

Malah, kekalahan itu turut menyaksikan Nidzam kelihatan bertikam lidah ketika bersemuka dengan penyokong yang bertandang di tepi gelanggang selepas tumpas 0-2 kepada Melaka.

Dia cuba menjelaskan usaha pasukannya sebelum diterjah soal kegagalan mencipta kemenangan di tempat lawan oleh peminat, secara tidak langsung situasi semakin panas.

Kira-kira 2 minit kemudian, Nidzam yang ditenangkan oleh pegawai-pegawai skuad Jang berjalan menuju ke bilik persalinan.

"Ini adalah bola sepak, sekiranya anda bercakap mengenai teknikal, ya. Tetapi anda datang daripada belakang dan bercakap mengenai keluarga, secara spesifik mengenai ibu saya.

"Bukan cara 'gentleman'. Jika anda datang secara gerila, jangan jangka saya layan kamu seperti tetamu lah." ujarnya.

Dalam pada itu pengendali Melaka, K. Devan, yang melaungkan amaran awal ketika sesi sidang media pasca perlawanan bertemu Kuala Lumpur City minggu lalu bahawa pasukannya bakal meraih kemenangan pertama menjadi kenyataan.

Perkara itu menjadi kenyataan apabila Melaka menewaskan The Jang 2-0 sekali gus membuatkan anak buah Nidzam Jamil bergelut dengan rekod tanpa kemenangan di tempat lawan.

"Disiplin pemain begitu baik sekali, walaupun diserang bertubi-tubi tetapi kami Berjaya bertahan hingga tidak bolos.

"Dengan prestasi malam ini, kami berhak untuk menang." tambahnya.

 

Must Watch Video