Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix bakal kembali bagi Musim ke-33 pada 2026, meneruskan legasinya sebagai siri perlumbaan motosikal nasional Malaysia.
Kejuaraan itu akan kembali dan akan membawa bersama keterujaan perlumbaan ke bandar-bandar di seluruh Semenanjung Malaysia, di samping mengukuhkan lagi peranannya sebagai tunjang pembangunan sukan permotoran di peringkat nasional.
Advertisement
Kerjasama jangka masa panjang di antara PETRONAS dan Safe Aim Mutual akan terus menjadi peneraju dalam memupuk bakat tempatan, memperkukuh penglibatan industri serta memperluaskan capaian sukan ini.
Mengulas mengenai musim akan datang, Ron Hogg, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, berkata: "Misi kami adalah untuk meningkatkan prestasi perlumbaan motosikal nasional kekal utuh dan akan menyaksikan pembangunan prestasi yang lebih menyeluruh.
"Selain itu, penglibatan komuniti akan terus menjadi keutamaan utama sepanjang kejuaraan ini, dengan inisiatif berterusan bagi membina kesedaran dan minat secara berterusan.
"Pelumba, pasukan dan pemain industri akan sekali lagi mewarnai pelbagai lokasi penganjuran, sekaligus memastikan kejuaraan ini kekal rapat dan relevan dengan komuniti di seluruh negara.”
Ron menambah: "encapaian sepanjang tahun lalu tidak mungkin direalisasikan tanpa sokongan padu rakan-rakan strategik kami, khususnya PETRONAS, serta sumbangan kolektif semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan misi bersama ini. Kepada semua yang telah memainkan peranan, terima kasih dan tahniah. Kami menantikan satu lagi musim yang penuh keterujaan bersama."
Kalendar Cub Prix 2026