Skip to main content

Permotoran

Cub Prix Malaysia: JDT Racing Team asah bakat Wira KBS

ll
Advertisement

Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team terus mendunia! Nombor keramat 55 kini digalas Aaron Rezqy Khairul Annuar di samping seorang lagi pelumba, Embok Danish Redzuan.

Bintang sensasi permotoran negara, Hafizh Syahrin Abdullah, kini bertindak sebagai jurulatih untuk mengendalikan pelumba kategori Wira KBS yang mewakili JDT Racing.

Advertisement

Idea tentang penubuhan pasukan dalam kancah Cub Prix sudah lama difikirkan dan ia merupakan fasa penilaian serta eksperimen menguji kemampuan pelumba muda kelahiran Johor.

Lebih manis apabila Aaron Rezqy turut diberi penghormatan menggunakan nombor 55, yang lazimnya menjadi nombor keramat jentera yang dipacu Pescao dalam Kejuaraan Motosikal Asia (RRC).

Advertisement

"Kalau boleh jangan desak untuk terus laju. Ini kemunculan kami jadi kami belum tahu keupayaan pasukan.

"Salah seorang pelumba ini juga mampu berikan saingan.

""Kami akan tengok kekurangan mereka dan cuba jelaskan apa yang boleh ditingkatkan seperti daripada segi mengambil selekoh kerana kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada motorsikal.

"Pelumba perlu sesuaikan diri dengan trek, cuaca dan jentera," kata Hafizh Syahrin.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video