Demam perlumbaan terus membahang di Pantai Timur apabila dua pelumba sensasi negara, Farid Hakimi dan Nuzzul Ady daripada pasukan Petronas Sprinta amaha 31 Racing tekad untuk menguasai Litar Permotoran Terengganu minggu ini dalam kategori masing- masing.
Kehadiran gandingan dinamik ini dijangkakan bukan sekadar menghangatkan saingan, malah bakal menjadi tumpuan utama peminat sukan permotoran tempatan menanti aksi sengit di litar sepanjang 1.5 kilometer itu.
Bagi Farid Hakimi, persiapan menjelang perlumbaan CP125 kali ini diumpamakan sebagai misi meneruskan kejayaan cemerlang pusingan terdahulu.
Pelumba versatil ini mendedahkan bahawa fokus utama mereka tertumpu kepada ketahanan jentera serta strategi pengambilan selekoh tajam yang sering menjadi penentu podium di terengganu, sekaligus menuntut disiplin tunggangan yang tinggi.
"Untuk saingan kali ini di Terengganu, saya ada rentak di sini, untuk kekalkan momentum mungkin akan pasang strategi terbaik.
"Untuk kekalkan dalam baki pusingan, pasukan kami akan berjuang sampai ke penghujung untuk bergelar juara keseluruhan untuk pelumba dan pasukan.
"Kami memang akan bekerja keras sehingga penghujung musim," katanya.
Tidak mahu ketinggalan, rakan sepasukan Nuzzul Ady daripada kategori Wira turut memperkemaskan percaturan taktikal dengan mengambil kira faktor cuaca tidak menentu di Pantai Timur itu.
menurut nuzzul, dia perlu terus menjarakkan kedudukan mata untuk berada pada kedudukan selesa bagi memastikan podium pada pusingan ini serta untuk terus mendahului carta keseluruhan kategori wira.
"Sasaran saya mahu raih mata sebanyak mungkin, dan podium. Saya akan cuba yang terbaik untuk pasukan saya, pesaing saya adalah Fairil." tambahnya.