Skip to main content

Bola Sepak

Cerita bekas pemain Harimau Muda jadi CEO berjaya, ada 14 cawangan

Wee

Dari kemahiran atas padang bertukar menerajui bidang fisioterapi.

Nadi Arena dalam laporan minggu lalu berkongsi kisah seorang bekas pemain Harimau Muda kini mengetuai pusat rehabilitasi bertaraf premium. Itu transisi Nicholas Wee yang terpaksa menggantung but lebih awal ekoran kecederaan lutut

Advertisement

Untuk rekod, Nicholas Wee merupakan bekas tonggak skuad bawah 23 tahun (B-23) dari 2009 hingg 2011 di bawah kendalian Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) sekarang iaitu Datuk Ong Kim Swee.

Kali terakhir kelibatnya bermain pada 2024 sewaktu mewakili Kelab Rekreasi Cina Selangor dalam Kejohanan Liga Antara Negeri, Piala Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA).

Dia kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah pusat kesihatan yang meneruskan empayar bapanya.

"Saya bermain bola sepak sejak usia muda.

"Saya bermain untuk B-17 negara hingga Harimau Muda.

"Pada waktu itu saya hanya memikirkan tentang bola sepak.

"Berbeza dengan mengendalikan perniagaan, banyak perkara perlu diketahui seperti sistem kewangan, rakan kongsi serta apa permasalahan yang berlaku," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

Tambahnya, perniagaan keluarga itu sudah mencecah 26 tahun sejak bapanya menubuhkan pusat rehabilitasi itu. Sekarang, mereka sudah memiliki 14 cawangan seluruh negara. 

Misi membina masa depan kesihatan untuk negara. 

Must Watch Video