Penglibatan Trininad Hospitality dalam CelcomDigi Netball Super League (NSL) dilihat sebagai satu langkah segar, bukan sahaja untuk kejohanan itu sendiri, malah turut membuka peluang besar dalam memperkasa sektor pelancongan sukan di negara ini.
Penglibatan Trinidad sebagai salah satu penaja juga boleh menjadi pemangkin dalam menarik lebih ramai peminat dan pelancong untuk mengikuti acara sukan tempatan, sekali gus menaikkan lagi nilai komersial NSL.
Advertisement
"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan saya berharap kami dapat meneruskan kerjasama ini.
"Ia akan membawa sumbangan besar kepada banyak industri kerana ia bukan sekadar membabitkan hotel. Ia termasuklah makanan, pengangkutan dan tarikan tempatan memandangkan sepanjangan saingan, pasti akan ada masa untuk mereka bersantai," kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Trininad Hospitality, Datuk Seri Omar Naresh Mohan.
Dalam masa sama, sokongan yang diberikan ini juga menjadikan bola jaring sebagai salah satu platform penting untuk pemerkasaan wanita, dengan lebih banyak peluang dibuka untuk atlet wanita menyerlah.
Secara tidak langsung, ia turut membantu memperkukuhkan peranan wanita dalam sukan, selari dengan usaha menjadikan bola jaring sebagai sukan yang lebih berdaya saing dan berimpak tinggi untuk negara.
"Perjuangan ini satu proses yang panjang dan hari ini, kita boleh tengok peranan wanita dihormati dalam apa jua sektor," tambahnya.