Jika anda masih belum arif tentang peraturan terbaru CelcomDigi Netball Super League (NSL) 2026, ia dinamakan ‘Super Shot’ dimana setiap pasukan akan diberi 5 minit terakhir dalam setiap suku permainan untuk menjaringkan dalam kawasan super shot untuk mendapat dua mata.
Ini merupakan satu pembaharuan yang sangat signifikan kerana jika sebelum ini jika sesebuah pasukan mendahului dengan 6 mata, pasukan lawan harus mencuri setidak-tidaknya 3 centre pass lawan sekaligus menjaringkan 3 centre pass mereka sendiri untuk menyamakan kedudukan.
Advertisement
Namun, dengan adanya super shot, mereka hanya perlu mencuri sekurang kurangnya 2 bola dari pihak pihak lawan dan lakukan jaringan dua mata (4 mata) di tambah dengan satu jaringan supershot dari centre pass mereka sendiri untuk menyamakan kedudukan.
Kesimpulannya, dengan keseluruhan 20 minit jaringan supershot yang dibenarkan dalam setiap perlawanan akan memeberikan kelebihan buat yang pasukan yang mengejar. Tetapi harus diingat, ia hanya akan terjadi jika jurang mata tidak begitu jauh.
Juga, jika sesebuah pasukan itu mempunyai penjaring jarak jauh yang sangat bagus.
Cabaran atau bahayanya situasi ini adalah, jika keputusan untuk melakukan jaringan supershot terlalu terburu buru sehingga menyebabkan bola hilang sekaligus memberi mata tambahan buat pasukan yang sudah sedai ada mendahului.
Yang pasti, saingan yang sengit akan dapat dilihat dengan adanya jaringan super shot ini dan ia juga bakal membuktikan pasukan mana yang mempunyai ‘long-bomb’ shooter. Apa pula kata anda?