Skip to main content

Bola Jaring

CelcomDigi NSL: Pemain import bukan jalan pintas kejuaraan

j

Dengan tirai CelcomDigi Netball Super League (NSL) 2026 bakal dibuka dalam masa dua hari sejak lagi, tumpuan bukan sahaja terarah kepada pasukan bertanding, malah terhadap kehadiran pemain import yang sekali lagi mewarnai liga musim ini.

Dalam beberapa musim kebelakangan ini, trend membawa masuk pemain luar dilihat sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti pasukan.

Advertisement

Secara teorinya, pengalaman dan tahap permainan mereka sepatutnya memberi kelebihan segera namun realitinya di gelanggan bukanlah semudah yang disangka. Pemain import bukan jaminan kemenangan.

Jika dilihat dalam konteks NSL, hanya dua pemain import yang dibenarkan untuk dibawa masuk setiap pasukan.

Namun, harus diingat, sukan bola jaring bukanlah sukan individu. Ia merupakan sukan berpasukan yang memerlukan kekuatan dan tenaga tujuh pemain di dalam gelanggang untuk mencapai kemenangan.

Seperti contoh, sehebat dan setinggi mana pun tahap pemain import yang dibawa masuk, jika lima lebihan pemain tempatan tidak menonjolkan prestasi yang baik dan tidak mempunyai kesefahaman dan keserasian dalam gelanggang di samping pemain import, ianya juga akan menimbulkan masalah kerana masing masing hanya bermain dengan tenaga sendiri.

Selain itu, faktor komunikasi dan gaya permainan juga memainkan peranan yang sangat besar.

 

 

 

Setiap negara mempunyai pendekatan berbeza sama ada tempo permainan, jenis serangan ataupun sistem bertahan yang digunakan.

Jika pemain import itu datang dari negara Afrika, sudah pasti cara permainannya lain dengan pemain import yang datang dari Australia dan lagi lah jauh bezanya dengan cara pemain Malaysia bermain.

Jadi, masa yang cukup sangat diperlukan untuk masing masing menyesuaikan diri.

Persoalannya di sini bukan lagi mengenai pasukan mana yang mempunyai pemain import paling kuat ataupun terkenal, tetapi pasukan mana yang mampu membina setiap unit atau posisi yang apabila digabungkan menjadi pasukan paling kukuh.

Selamat maju jaya buat setiap pasukan bertanding!

Must Watch Video