Melaka Mystic menerima suntikan sebanyak RM50,000 daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, bagi mengharungi saingan CelcomDigi Netball Super League (NSL) 2026, yang akan bermula minggu depan
Ia sudah pasti memberikan lonjakan semangar buat keseluruhan pemain, pegawai dan pihak pengurusan pasukan itu menjelang perlawanan pramusim menentang Kedah Sunshine pada Sabtu ini.
Advertisement
Mystic mencuri tumpuan musim ini selepas tidak layak menyertai saingan NSL musim lalu.
Justeru kekuatan mereka kelihatan masih misteri, walaupun difahamkan bakal mempertaruhkan kekuatan tenaga tempatan.