Skip to main content

Bola Jaring

CelcomDigi NSL: Dian, Amisya jadi sebahagian pasukan Astro Arena

nsl pundit

Terjawab sudah teka teki mengenai penglibatan dua bintang Putrajaya Dynamites musim lalu, Nor Diyanah Sabadinee dan Amisya Khairuddin yang memilih untuk bersama keluarga Astro menjayakan siaran NSL musim baru.

Ketiadaan Dynamites semestinyq terasa apabila penampilan sulung mereka musim lalu terus membawa mereka ke pentas final. Pasukan kesayangan mereka Dynamites, dikatakan berehat untuk tahun ini bagi memberi laluan kepada pasukan-pasukan lain berentap memburu gelaran juara.

Advertisement

Selain, Dian & Amisya masing-masing memberikan ruang secukupnya untuk mereka  pulih seratus peratus, menjelang Kejohanan Asia pada Ogos nanti. Namun, cabaran berbeza menanti dua rakan karib ini yang berpeluang melontarkan pendapat sekali pundit, sekaligus menjadi pemerhati pada saingan kali ini.

Kalau fokus sebelum ini terarah kepada satu per satu perlawanan sehingga ke penghujung liga, perasaan gementar turut menyelubungi mereka yang akan lebih kerap berada di hadapan kamera mengulas lanjut setiap perlawanan.

Amisya dan Dian juga menganggap satu peningkatan drastik yang positif apabila NSL memperkenalkan perlawanan pra musim dan regional cup selain liga yang akan dimainkan nanti. Membuka peluang kepada setiap pasukan tonjol kelebihan masing masing.

Turut menarik perhatian apabila super shot dijadikan antara format baru yang bakal menghiasi saingan NSL, menjadikan saingan ini penuh rendah dan warna.

Apapun pastikan anta terus berasama Celcomdigi NSL yang akan membuka tirainya tak lama lagi, pada 11 April & let’s rule the court!

 

Must Watch Video