Skuad B-23 negara akan memulakan saingan Kumpulan B acara bola sepak lelaki Sukan SEA Thailand 2025 dengan menentang Laos di Stadium Rajamangala, Bangkok petang esok.
Pasukan bimbingan Nafuzi Zain itu perlu mengelakkan badi perlawanan pertama bagi mengurangkan tekanan sebelum berdepan pasukan pilihan, Vietnam, dalam aksi terakhir pusingan awal itu pada Khamis depan.