Skip to main content

Bola Jaring

Bola Jaring MSSM 2026 buka tirai penuh aksi di Melaka

MSSM

Kejohanan bola jaring Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 membuka tirai hari ini dengan Melaka menjadi tuan rumah menampilkan bakat-bakat muda bola jaring dari seluruh negara.

Kejohanan berlangsung dari 28 Ogos hingga 3 September dengan aksi pertandingan bermula 29 Ogos hingga 2 September melibatkan tiga kategori iaitu bawah 12 tahun (B-12), B-15 dan B-18.

Saingan B-12 berlangsung di Dewan KBS, Masjid Tanah manakala kategori B-15 dan B-18 masing-masing berlangsung di dua gelanggang Dewan Taming Sari, UiTM Lendu jadi kepada peminat bola jaring tanah air yang berdekatan, boleh lah turun padang untuk berikan sokongan kepada adik adik yang beraksi.

Antara keputusan perlawanan yang sudah berlangsung awal pagi dalam kategori B-12 ialah MSS Selangor mulakan langkah kanan ke atas MSS Negeri Sembilan dengan keputusan 25-12 namun yang menarik perhatian ialah pertemuan antara MSS Terengganu dan MSS Putrajaya yang berakhir dengan seri 23-23 pada hari pertama!

Untuk kategori B-15 pula, MSS Selangor, MSS Sarawak dan MSS Terengganu masing masing membuka aksi awal dengan kemenangan jaringan besar ke atas pasukan lawan sementara MSS Pulau Pinang terpaksa akur tewas tipis dengan jurang dua mata kepada MSS Putrajaya 23-25.


Pasukan MSS Johor, MSS N.Sembilan, MSS Kedah dan MSS Pahang masing masing mendominasi aksi pertama untuk kategori B-18 tetapi skrip yang sama seperti awal tadi di mana terdapat satu perlawanan yang turut berkahir seri 38-38 antara MSS Kuala Lumpur dan MSS Terengganu.

Pastinya saingan akan menjadi semakin sengit selepas ini, jadi boleh dapatkan semua perkembangan terkini di portal bola jaring MSSM.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement