Skip to main content

Bola Sepak

Best of 2025: Top 30 hingga 21

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Arena


11- BERGSON PENJARING TERBANYAK SEPANJANG ZAMAN LIGA SUPER

Mesin gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva, muncul penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman apabila mengatasi rekod jaringan 106 milik Indra Putra Mahayuddin.

Advertisement

Ia membuktikan kesungguhan dan lambang komitmen tinggi yang sering ditonjolkan penyerang berusia 34 tahun itu sepanjang lima musimnya bersama gergasi Liga Malaysia tersebut.

12- KEDAH, PERAK & SRI PAHANG TARIK DIRI LIGA SUPER

Tindakan tiga kelab gergasi, Kedah FC, Perak FC dan Sri Pahang, untuk menarik diri Liga Super menggoncangkan kancah bola sepak tempatan.

Biarpun Sri mendapat Lesen Kebangsaan 2025/2026, namun memilih untuk mengucap selamat tinggal kepada kancah Liga Malaysia dan ketiga-tiga kelab dikenakan hukuman tegas oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

13- PERTUKARAN MENTERI KBS HANNAH YEOH KE DR TAWFIQ

Selaras dengan penstrukturan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi bertujuan memperkukuh kecekapan pentadbiran selain memastikan pelaksanaan dasar kerajaan dapat berjalan dengan lebih berkesan dan tersusun, Hannah Yeoh bertukar portfolio dan Anwar mengumumkan pelantikan Dr. Mohammed Taufiq Datuk Johari untuk menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Majlis Serah Tugas itu dilangsungkan di Bangkok sempena Sukan SEA Ke-33 2025 di Thailand.

14- DIOGO JOTA MENINGGAL

Khabar duka menyelimuti dunia sepak bola apabila bintang Liverpool berasal dari Portugal, Diogo Jota, meninggal dunia pada usia 28 tahun bersama adiknya, Andre Jota, dalam satu nahas jalan raya di utara Sepanyol.

Bahkan, dia baru sahaja bernikah dengan kekasihnya, Rute Cardoso, setelah sekian lama berpacaran.


15- PSG JUARA KALI PERTAMA UCL

Penantian panjang Paris Saint-Germain (PSG) berakhir dengan penuh gaya apabila kelab gergasi Perancis itu merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL) buat kali pertama dengan menewaskan Inter Milan 5–0 dalam final yang berlangsung di Allianz Arena pada Jun lalu.


16- PURIPOL BOONSON PECAH REKOD 100M CATATAN 9.94SAAT

Pelari Thailand, Puripol Boonson, meletakkan penanda aras baru bagi acara riben biru di peringkat ASEAN.

Dia muncul lelaki pertama dari rantau ini yang mencatat masa di bawah 10 saat, sekali gus merangkul pingat emas dengan catatan 9.94s yang juga merupakan ketiga terpantas di atas.


17- ESPORTS HONOR OF KING - NOVA ESPORTS MENANG DI MANILA

Pasukan e-sukan, Nova Esports, yang tampil dengan wajah baru menandakan penguasaan Malaysia dengan menundukkan Nongshim RedForce 4-3 dalam final yang sengit.

Mereka dipaksa bekerja keras, bangkit dua kali sebelum mengesahkan kejuaraan.

18- BELASUNGKAWA - MAZLAN AHMAD, KEVIN NUNIS, RAHIM ABDULLAH, DATUK HISHAM AUN

Kita kehilangan ramai tokoh negara daripada pelbagai latar belakang yang mencorakkan sukan negara ini.

Terima kasih atas perjuangan dan legasi yang ditinggalkan, menempuh jalan ke negeri abadi.

19- STL - NS ANTLERS MENANG HATRIK CHAMPIONS CUP ETC

Negeri Sembilan Antlers mencipta sensasi dengan mengalahkan Kuala Lumpur Thunder 2-0 dalam penentuan kejuaraan STL Champions Cup.

Kejuaraan hatrik itu hadir menerusi trio yang ditunjangi Haziq Nizam, Zulefendi Sumari dan Hafizul Hayazi.

20- HAKIM DANISH - KARIER MELONJAK, WILDCARD MOTOGP ETC

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, menerima berita gembira berganda ketika bersaing dalam MotoGP bagi kategori Moto3 atas tiket wildcard.

Dia kemudiannya dipancing untuk berlumba sepenuh masa bersama MSi Racing Team dalam kancah tersebut. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video