Skip to main content

Sukan Lain

Best of 2025: Ini 10 momen terbaik sepanjang tahun bermula daripada 'Top 40 hingga 31'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Best of 2025: 50-41

Dunia sukan terus diwarnai dengan pelbagai momen besar yang mencuri perhatian peminat, daripada kejutan di gelanggang hingga kejayaan membanggakan di pentas Asia, serta insiden kontroversi yang mencetuskan perdebatan.

40- LUKMAN HAKIM KEMBALI KE MALAYSIA BERSAMA NEGERI SEMBILAN

Advertisement

Pada 17 Jun lalu, penyerang muda negara yang pernah berkelana di Eropah, Luqman Hakim Shamsudin, mengumumkan kepulangan selepas lima tahun ke Liga Super 2025/26 bersama Negeri Sembilan.

 

39- MUAY THAI: KEBANGKITAN JOJO 2025+PRESTASI CEMERLANG ALIFF RAKIB

Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali, mencipta kebangkitan selepas tewas dua kali berturut-turut. Dia menewaskan Zakaria El Jamari menerusi kemenangan teknikal knockout pada 6 September lalu. Malah, Alif Rakib turut memegang rekod terbaik selepas mencipta lima kemenangan berturut-turut.

 

38- RONALDO, MESSI PERBAHARUI KONTRAK MEGA BERSAMA KELAB, PERSIAPAN KE PIALA DUNIA

Jaguh bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, meneruskan karier dalam bola sepak profesional meskipun digelar 'kuda tua' bersama pasukan Liga Saudi Pro. Manakala, Messi meneruskan karier bersama Inter Miami.

 

37- MOTOGP: MARC MARCQUEZ JUARA DUNIA KALI KETUJUH

Pelumba kelahiran Sepanyol, Marc Marquez, menamatkan penantian panjang apabila muncul juara dunia buat kali ketujuh di Grand Prix Jepun dengan jentera Ducati.

 

36- LIVERPOOL JUARA LIGA KALI KE-20

Pada April lalu, kelab dari England, Liverpool, merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ke-20 sekali gus l menyamai rekod 20 kejuaraan liga yang dipegang Manchester United.

 

35- PEARLY & M.THINAAH BEREGU WANITA PERTAMA NEGARA NAIB JUARA DUNIA

Beregu wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah, tewas di pentas final Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris pada 31 Ogos lalu.

 

34- SAFIQ RAHIM BERSARA PADA USIA 38 TAHUN

Bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional  pada usia 38 tahun, dengan rekod memenangi emua trofi peringkat domestik, Piala AFC 2025 sepanjang bersama Selangor dan Johor Darul Ta'zim.

 

33- DPMM BRUNEI KEMBALI KE PENTAS LIGA SUPER

Kelab Brunei, DPMM, kembali mewarnai kancah Liga Super 2025/26 selepas kali terakhir pada musim 2008, selain pernah menamatkan saingan liga di tempat ketiga pada musim 2005/06.

 

32- LATIF ROMLY PECAH REKOD DUNIA

Atlet olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly, membuktikan kehandalannya apabila merangkul emas acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di New Delhi, pada 28 September lalu.

 

31- YUSOF HAFIZI JUARA DUNIA PECUT MC1

Atlet para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, mencipta sensasi selepas muncul juara dunia pertama acara pecut 200 meter (m) kategori MC1 pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia UCI 2025 di Rio de Janeiro, Brazil pada 19 Oktober lalu.

Must Watch Video