Skip to main content

Berita Sukan Am

Best of 2025: 10 momen terbaik sepanjang tahun (30-21)

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

BO2025

Dunia sukan terus diwarnai dengan pelbagai momen besar yang mencuri perhatian, daripada kejutan di gelanggang hingga kejayaan membanggakan di pentas Asia, serta insiden kontroversi yang mencetuskan perdebatan.

Berikut merupakan 10 momen Best of 2025 (30-21):

Advertisement

30- SKANDAL PENIPUAN E-SUKAN: TOKYOGURL

Atlet e-sukan Thailand, Warasin 'Tokyogurl' Naraphat, dikenakan penggantungan seumur hidup daripada sebarang pertandingan profesional berikutan skandal penipuan dalam acara Arena of Valor (RoV) wanita, Sukan SEA Thailand 2025.

29- MO SALAH MERAJUK

Bintang Liverpool, Mohamed Salah, kelihatan merajuk apabila dikeluarkan oleh pengurus, Arne Slot, dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Frankfurt pada Oktober lalu.

28- DEMBELE MENANG BALLON D'OR

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Ousmane Dembele, dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2025  di Paris dengan menewaskan nama-nama besar, antaranya Lamine Yamal.

27- HOKI DALAM DEWAN LAYAK KE PIALA DUNIA

Skuad hoki dalam dewan negara layak ke Piala Dunia di Croatia pada Februari lalu sebelum menamatkan kempen di tangga ke-11 keseluruhan

26- SKANDAL PERTARUHAN TURKIYE

Pemain bola sepak dari Galatasaray dan Besiktas antara 1,024 pemain yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF) bagi melancarkan siasatan terhadap kes skandal pertaruhan.

25- PRESIDEN FAM LETAK JAWATAN

Datuk Joehari Ayub letak jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Ogos lalu atas faktor kesihatan dan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi kemudian dipilih sebagai pemangku presiden badan induk itu.


24- LANDO NORRIS MUNCUL JUARA DUNIA F1 BUAT KALI PERTAMA

Pelumba McLaren dari Britain, Lando Norris, merangkul gelaran juara dunia pemandu Formula Satu buat kali pertama, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam Grand Prix Abu Dhabi yang menutup tirai musim ini. Keputusan itu sudah memadai untuk mengesahkan gelarannya, dua mata mengatasi Max Verstappen dan 13 mata di depan Oscar Piastri.

23- SRG JUARA MPL BUAT KALI KEEMPAT BERTURUT-TURUT

Selangor Red Giants (SRG) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama memenangi Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia (MPL MY) buat kali keempat berturut-turut sejak musim ke-13 bulan lalu. Dibarisi Mark Rusiana (Kram), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Hazziq Danish (Stormie), Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums) dan John Vincent Banal (Innocent) SRG mencatatkan kemenangan bersih 4-0 ke atas CG Esports dalam aksi final.

22- MALAYSIA JUARA QUADRAN PIALA ASIA

Malaysia mencipta sejarah muncul juara acara kuadran selepas menewaskan Jepun dalam kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa pada Mei lalu.

21- AZIZULHASNI TAK JADI BERSARA

Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, pada April lalu mengumumkan keputusannya untuk tidak bersara dan akan berperanan sebagai atlet berbasikal profesional dengan fokus utamanya adalah untuk mempersiapkan diri bagi menyertai Sukan Asia 2026 di Jepun.

Teruskan bersama Stadium Astro bagi mengikuti perkongsian Best of 2025!


Best of 2025,Sukan,
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video