Kuartet 4x100m A negara memastikan pingat emas milik Malaysia selepas mengungguli acara itu dalam kejohanan Muscat Grand Prix Bronze Tour 2026 di Oman, awal pagi tadi.
Kuartet A negara dibarisi Aidil Auf, Danish Ifthikhar, Muhammad Umaira dan Azeem Fahmi memastikan emas milik negara dengan catatan masa 39.18s (saat).
Sementara itu, satu lagi kuartet negara yang dibarisi Umar Osman, Mohamad Armin Zahryl, Muhammad Sayyid Amin dan Muhammad Haziq meraih gangsa dalam perlumbaan sama dengan catatan masa 41.29s.
Dalam pada itu, kuartet 4x100m wanita negara turut melakar sensasi selepas meraih pingat emas dengan catatan masa 46.07s.
Pelari wanita negara dibarisi Azreen Nabila, Izzatul Musfirah, Nurul Wardatul Huwaida dan Nur Aishah Rofina